PRODUK

MINUMAN KESIHATAN

Susu Kambing HIGOAT

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja
SpyHRu Cafe

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa Spirulina adalah makanan ideal untuk manusia manakala WHO mengumumkan Spirulina adalah makanan yang selamat untuk diamalkan dan kaya dengan nutrisi serta baik untuk kanak-kanak.

Pakar dari seluruh dunia telah menjalankan penyelidikan lebih 40 tahun dan membuat kesimpulan bahawa Spirulina mempunyai faedah seperti berikut:

- Meningkatkan sistem imun.
- Mengurangkan kolestrol dan lemak.
- Baik untuk sistem penghadaman.
- Membantu proses pembuangan toksin.
- Anti-oksidan dan mengurangkan risiko kanser
Pil Susu Kambing

Fungsi:

Makanan tambahan yang memberi pelbagai khasiat. Mencegah ulser perut, gastrik dan demam kuning. Baik untuk pembentukan tulang dan gigi. Membantu membina darah dan tisu serta membekalkan tenaga dan stamina.



PENJAGAAN BADAN

Sabun Skrub Susu Kambing Aromaterapi


1- PINK - Relaxing
2- BLUE - Refreshing
Panduan: Untuk semua jenis kulit.

Fungsi:

- Melembapkan kulit
- Agen skrub menaggalkan sel-sel kulit mati
- Haruman aromaterapi yang menyegarkan
- Melembut serta membersihkan kulit
- Menghilangkan bau badan

Penggunaan:

Badan - Gunakan setiap hari semasa mandi. Sabun yang kaya dengan AHA (Alpha Hidroksi Asid) dan Antioksidan dari susu kambing dan kelapa sawit. Ditambah dengan "Agen Skrub" dari butiran Jojoba untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran dengan lebih berkesan. Terdapat dalam 2 aroma iaitu Lemon dan Zest yang berkonsepkan kesegaran dan ketenangan.
Losyen Badan Susu Kambing

Fungsi:

- Melembapkan kulit
- Memberi pelindungan sepanjang hari dari kekeringan
- Mengawal kesan penuaan awal
- Memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat kekeringan

Panduan: Untuk semua jenis kulit

Penggunaan:
Sapukan pada bahagian badan yang mudah kering seperti siku, tumit dan tangan selepas mandi.

Losyen yang kaya lembapan dan mudah serap/resap pada permukaan epidermis kulit. Kandungan vitamin A dan mineral dari susu kambing membantu menstruktur semula kulit. Kulit kelihatan lebih sihat dan lembut jika digunakan.
Gel Pelangsing Badan Susu Kambing
Fungsi:
- Mengurangkan lemak berlebihan pada badan
- Membantu melangsingkan bentuk badan

Panduan:Untuk semua jenis kulit

Bahan-bahan:
- Susu kambing segar
- Menthol dan Ethanol (agen penyejuk aktif)
- Glycerin (pelembap)

Penggunaan:Sapu pada tempat yang diperlukan dan urut sehingga gel meresap ke dalam kulit

Formula istimewa yang berupaya mengurangkan lemak berlebihan pada badan. Membantu melagsingkan bentuk badan. Caranya dengan menyapukan pada kawasan yang bermasalah dan urut sehingga gel meresap ke dalam kulit
Losyen Pencegah Serangga Susu Kambing


Fungsi:
- Melembapkan kulit
- Memberi perlindungan sepanjang hari dari kekeringan
- Memulihkan struktur kulit rosak akibat kekeringan
- Mencegah gigitan serangga

Panduan: Untuk semua jenis kulit

Penggunaan:
Sapukan pada bahagian badan terutama semasa menjalankan aktiviti luar bagi mencegah gigitan serangga.

Losyen yang kaya lembapan dan mudah serap pada permukaan epidermis kulit. Kandungan vitamin A dan mineral dari susu kambing membantu menstrukturkan semula kulit dan dengan wangian serai wangi untuk menghalang gigitan serangga. Sesuai digunakan semasa menjalankan aktiviti luar dan juga untuk kulit sensitif
Talkum Aromaterapi
Fungsi:

- Menyegarkan dan mengharumkan kulit sepanjang hari
- Menghilangkan bau badan

Panduan: Untuk semua jenis kulit

Talkum wangi yang memberikan keselesaan dan kesegaran sepanjang hari. Molekul yang halus memudahkan ia meresap pada kulit dan menghilangkan bau badan. Terdapat 2 pilihan iaitu Refreshing dan Treasure. Gunakan selepas mandi, sesuai untuk seisi keluarga.
Sabun Mandian Susu Kambing Dengan Mentimun

Mandian susu kambing yang mewah berkrim menyegar serta melembapkan kulit. Dengan haruman yang berpanjangan, kulit juga lebih halus dan kelihatan muda.

PENJAGAAN KULIT

Pembersih Muka Susu Kambing


Fungsi:
- Mencuci dan membersihkan kotoran pada wajah
- Menjadikan kulit bersih dan halus
- Memberi khasiat dan kesan kelembutan pada kulit
- Tidak meninggalkan kesan iritasi pada kulit

Pembersih muka dengan susu kambing ini membersih dengan lembut tanpa mengeringkan kulit muka. Selain susu kambing, Chamomile digunakan sebagai anti kerengsaan kulit dan kulit kayu manis untuk mengawal lebihan minyak pada kulit. Gunakan 2 kali sehari pagi dan malam.

Penyegar Muka Susu Kambing


Fungsi:
- Bertindak mengecilkan liang roma
- Menyegar dan melembapkan kulit
- Menjadikan kulit halus dan lembut

Panduan: Untuk semua jenis kulit

Penyegar muka dengan susu kambing bertindak membersihkan lebihan kotoran dan menutup semula pori-pori yang terbuka semasa pembersihan. Melindungi kulit agar segar dan selesa
Krim Pelembap Susu Kambing - Normal


Fungsi:
- Membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit
- Mengurangkan kadar kehilangan air pada permukaan atas kulit
- Mengawal kesan penuaan pada kulit
- Memberi perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UV yang berbahaya

Panduan: Untuk kulit normal

Krim ini mengandungi susu kambing (Vitamin A), ditambah dengan Tocomin (Vitamin E) sebagai antioksidan iaitu agen untuk menghalang tindakbalas radikal bebas yang boleh merosakkan kulit akibat pencemaran, tekanan dan penuaan pramatang.

Krim ini menstruktur semula sel-sel kulit menjadikan kulit lebih lembut dan halus.
Pembersih Muka Susu Kambing Dengan Skrub


Fungsi:
- Menbersih, melembut dan menyegarkan kulit
- Menaggalkan sel-sel kulit mati
- Membersihkan kotoran dari dalam

Panduan: Untuk kulit normal dan kering.Gunakan 2-3 kali seminggu

Pembersih muka susu kambing dengan agen skrub membersih dengan lebih berkesan tanpa mengeringkan kulit muka. Penggunaan 2-3 kali seminggu membersihkan bintik-bintik hitam dan sel kulit mati dari liang roma.

Selain susu kambing, ekstrak Charmomile digunakan sebagai anti kerengsaan kulit. Menjadikan kulit lebih lembut, bersih dan berseri
Krim Pelindung Matahari Susu Kambing


Fungsi:
- Mengandungi bahan pelindung matahari yang mengawal penyerapan UV (SPF 15)
- Memberi perlindungan harian daripada sinaran yang berbahaya dan merosakkan kulit
- Mengandungi pelembap untuk mengawal kehilangan air
- Boleh digunakan sebagai bedak asas ("foundation")

Panduan: Untuk semua jenis kulit

Krim dengan 3 fungsi iaitu sebagai pelembap, pelindung matahari dan asas mekap, sesuai untuk semua jenis kulit. Gunakan pada waktu siang untuk melindungi kulit dari pancaran sinar UVA dan UVB yang membahayakan kulit terutama sekitar jam 10 pagi hingga 5 petang.

Tambahan pelembap dari susu kambing melindungi kulit dari kekeringan.
Sabun Susu Kambing Dengan Madu


Fungsi:
- Memberi perlindungan lembapan seimbang pada kulit
- Mengawal kesan penuaan awal seperti kedutan pada kulit
- Bertindak melembut dan menegangkan kulit
- Menghilangkan bau badan
- Mengawal pigmentasi dan noda hitam pada kulit
- Mencerahkan kulit

Penggunaan:
Badan - gunakan setiap hari semasa mandi
Muka - gunakan ketika mencuci muka

Sabun Susu Kambing dengan Madu, kini diformulasikan bersama sentuhan madu asli. Kombinasi antara susu kambing dan madu asli menjadikkannya asli dan memiliki keistimewaan tersendiri. Ternyata membantu dalam menampilkan kulit serta wajah yang lebih sihat. Ianya juga sesuai digunakan pada badan serta memberi kesegaran dan haruman yang berpanjangan.

Panduan: Untuk semua jenis kulit Boleh digunakan pada kulit muka dan badan
Serum Kawalan Jerawat Susu Kambing
Panduan:

- Untuk kulit muka yang menghadapi masalah jerawat
- Titikkan serum pada jerawat dengan menggunakan putik kapas
- Amalkan pada setiap malam sehingga jerawat kering

Serum bertindak sebagai antiseptik untuk mengeringkan jerawat dan mematikan bakteria yang menyebabkan jerawat. Menggunakan minyak Tea Tree dan Sulphur semulajadi. Kandungan susu kambing memberikan vitamin tambahan dan mineral untuk menambahkan lagi lembapan dan menstrukturkan semula sel baru. Gunakan 2 kali sehari selepas cucian, titikkan pada kulit yang berjerawat dan biarkan kering.
Cecair Pengelupasan Susu Kambing


Fungsi:
- Mencerah dan menghaluskan kulit
- Menaggalkan sel-sel kulit mati
- Menampakkan kulit segar dan sihat (kulit tidak kelihatan kusam)

Panduan: Untuk kulit kusam, berjeragat dan berparut.
Sapukan pada kulit muka, 10 malam berturut-turut diikuti 10 hari rehat.
Lakukan dengan konsisten sehingga kuit anda kelihatan halus.

Cecair pengelupasan kombinasi AHA (Alpha Hidroksi Asid) dari susu kambing dan gula tebu untuk pengelupasan yang lembut, selamat tetapi sangat berkesan pada kulit. AHA bertindak memutuskan ikatan protein yang menegangkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit. Proses ini akan menghasilkan kulit yang lebih segar, cerah, ceria dan muda.

Mudah digunakan, cuma titikkan 2-3 titik pada kapas muka, sapu dan ratakan pada seluruh muka, elakkan kawasan nipis sekitar mata. Gunakan dalam masa 10-14 hari pada waktu malam selepas mencuci muka.